PULAU PINANG 18 Jan. – Taktik satu sindiket yang membungkus pelbagai jenis dadah di dalam paket minuman gagal mengaburi maya pihak berkuasa selepas tiga ahli sindiket itu ditahan dalam serbuan di negeri ini dan Perak. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, suspek berusia di antara 30 dan 31 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik negeri dalam operasi antara pukul 3.30 petang semalam hingga 2.15 awal pagi tadi.…










