GUA MUSANG 19 Jan.- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Peguam Negara memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu Isnin lepas, berhubung tuntutan tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor di sini, merupakan tindakan terakhir bagi penyelesaian itu. Tengku Razaleigh berkata ia berikutan kerajaan Kelantan tidak pernah memberi perhatian serius terhadap tuntutan kaum itu malah membenarkan sebarang aktiviti yang memberi keuntungan…










