CAMERON HIGHLANDS 12 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor berharap pengundi Orang Asli memberi sokongan kepadanya untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.
Menurutnya, beliau berjanji akan memperjuangkan kemajuan untuk masyarakatnya jika BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen tersebut.

“Saya memohon penduduk Orang Asli mengundi saya. Saya akan membantu masyarakat Orang Asli dan akan membawa suara anda di Parlimen demi masa depan yang lebih baik untuk anda semua,” kata beliau ketika berucap dalam kunjungan ke kampung asalnya, Kampung Mensun di sini hari ini.
Kunjungan tersebut dilakukan sebaik sahaja beliau selesai mengemukakan pencalonan.
Ini merupakan ucapan pertama Ramli pada kempen PRK Parlimen Cameron Highlands yang mendapat sambutan baik daripada penduduk di kampung tersebut.
Ramli, 61, merupakan seorang bekas pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner (Bersara) yang juga wakil kaum Orang Asli daripada suku kaum Semai.
berkata, beliau bangga kerana dapat berkunjung ke kampungnya.
“Ya bangga kerana dapat kembali ke sini,” katanya ringkas.
Sementara itu, mengenai amaran oleh senator PKR, Bob Manolan Mohd. bahawa Ketua-ketua kampung Orang Asli atau tok batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi PH, Ramli berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
“Adalah jelas mereka mengancam orang saya akan tarik balik gaji, jadi cabaran untuk mereka berdebat dengan saya tidak wajar,” katanya.
habis/…










