BHEP IKBN Kinarut kumpul barang bantu mangsa kebakaran - Utusan Malaysia

BHEP IKBN Kinarut kumpul barang bantu mangsa kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMBANGAN. Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah berjaya mengumpul barang-barang keperluan untuk diagihkan kepada 75 buah keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan, Sabah awal Januari lalu.

Sumbangan itu diserahkan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar, Himran Entoh dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Kinarut.

Antara sumbangan yang diberikan termasuk air mineral, mi, beras, lampin pakai buang serta pakaian terpakai.

Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran dan Belia Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Dr. Wasitah Mohd. Yusof memuji langkah alumni Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Sabah serta MPP IKBN Kinarut kerana mengambil langkah segera untuk membantu mangsa kebakaran itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×