TAWAU 19 Jan. – Belia di Sabah perlu bersikap ambil peduli akan segala dasar dan agenda pembangunan yang dirancang kerajaan untuk kebaikan bersama, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Katanya, sikap suka menjadi ‘pemerhati kehormat’ semata-mata adalah tidak baik untuk golongan belia sendiri malahan merugikan negara. “Ramai belia hari ini tidak sedar bahawa tanpa penglibatan aktif mereka dalam amalan demokrasi, ia bukan sahaja akan menjadikan pentadbiran negara lesu…










