KUALA LUMPUR 19 Jan. – Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Aziz Ismail, 76, meninggal dunia akibat masalah pernafasan di kediamannya di Bangsar di sini pada 10 pagi tadi. Anak keempat Allahyarham, Nik Ina Naslisa, 38, berkata ayahnya disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang dipanggil ke rumah. “Saya tertidur di sofa sebelah arwah. Pukul 9 pagi saya tersedar dan nampak pernafasan ayah…










