Bekas calon AMK tidak sempat sambut hari jadi anak - Utusan Malaysia

Bekas calon AMK tidak sempat sambut hari jadi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang bekas calon Angkatan Muda Keadilan (AMK) daerah ini, M. Thiyahu, 30, yang mati dibunuh tidak sempat menyambut ulang tahun kelahiran setahun anak perempuannya, minggu depan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, beliau difahamkan mendiang telah mengedarkan kad jemputan majlis tersebut kepada sanak-saudaranya.

Katanya, mendiang turut meninggalkan seorang balu berusia 28 tahun.

“Saya diberitahu mendiang sedang merancang mengadakan sambutan hari lahir untuk anak perempuannya, kad jemputan majlis juga sudah diedarkan.

“Kematian mendiang disifatkan satu kehilangan pada kominiti India di kawasan Shah Alam,” katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Shah Alam (HSA) di sini hari ini.

Beliau berkata, masalah sosial di sekitar pangsapuri berkenaan dipercayai tidak serius dan hanya membabitkan jenayah curi motosikal serta beberapa pergaduhan kecil.

Namun ketika ditanya berhubung kematian tersebut ada kaitan berkenaan dadah, beliau enggan mengulas dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

“Mendiang banyak membantu penduduk setempat khususnya komuniti India di kawasan berkenaan sejak enam bulan lalu.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan petang semalam, mendiang ni sangat pemurah dengan senyuman,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN