BAM tidak setuju dengan MSN - Utusan Malaysia

BAM tidak setuju dengan MSN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sistem baharu yang menggantikan Program Podium yang dikendalikan Institut Sukan Negara (ISN) itu memiliki empat 
tahap dengan hanya jaguh No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei berada di tahap 1.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai mengakui sangat terkejut dengan keputusan MSN itu apabila memutuskan untuk meletakkan Jin Wei di bawah tahap 3 dan ia dibuat berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan mereka.

“Jin Wei merupakan antara sandaran untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan kami merasakan dia tidak seharusnya diletakkan di bawah tahap tiga.

“Kami tidak pasti mengapa Jin Wei diletakkan di sana tetapi kami akan cuba berbincang semula dengan MSN supaya dimasukkan ke dalam tahap satu atau dua.

“Bagi kami MSN seharusnya menjalankan penilaian berbeza bagi setiap sukan kerana sebagai contoh sistem kelayakan serta ranking buat badminton tidak sama dengan sukan-sukan lain,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, di Axiata Arena, di sini hari ini.

Menerusi sistem itu seramai tujuh pemain badminton ditempatkan di bawah tahap dua, 10 pemain di tahap tiga manakala empat lagi pemain di tahap empat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN