KUALA LUMPUR 19 Jan. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong pendirian Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia yang menghalang atlet Israel daripada bertanding dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak, Julai ini. “Saya berpendapat kabinet menimbang perkara ini sebagai satu cara untuk menyatakan pendirian tegas terhadap pencabulan Israel terhadap Palestin. “Mereka (Israel) mengetepi sepenuhnya tekanan komuniti antarabangsa, jadi saya berpendapat kabinet melakukan keputusan…










