Ambang 2019: Lapan lelaki bergaduh disebabkan 'snow spray' - Utusan Malaysia

Ambang 2019: Lapan lelaki bergaduh disebabkan ‘snow spray’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 1 Jan. – Sambutan tahun baharu 2019 dicemarkan dengan insiden pergaduhan melibatkan lapan lelaki di Taman Sutera Utama, Skudai di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu di sebuah pusat beli-belah, mereka pada mulanya berbalah sebelum berlakunya perselisihan faham lalu bergaduh sesama sendiri.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, perbalahan tersebut melibatkan suspek yang berusia antara lingkungan 18 hingga 23 tahun.

“Perbalahan berlaku ketika mereka sedang menyambut tahun baharu. Seorang suspek dikatakan menggunakan penyembur parti (snow spray) dan mengena salah seorang lagi suspek.

“Berikutan itu, berlaku salah faham sehingga mengakibatkan pergaduhan antara mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin wilayah 2, di sini sebentar tadi.

Mohd. Khalil berkata, susulan itu, kelapan-lapan suspek direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan adalah penjara sampai 6 bulan, atau denda sampai RM1,000.00 atau kedua-duanya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN