KUALA LUMPUR – Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer (km) sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri. Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan…










