RIADAH. Seramai 35 kakitangan Pusat Penyelidikan Teknologi Proses Mapan (Cespro), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai program berkumpulan yang diadakan di Nur Laman Bestari, Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor baru-baru ini. Aktiviti tersebut bertujuan untuk membolehkan kakitangan Cespro mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat selain memantapkan lagi pengurusan pusat berkenaan untuk bekerja dalam satu pasukan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung…










