63 pelajar tercicir sambung persekolahan - Utusan Malaysia

63 pelajar tercicir sambung persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 9 Jan. – Seramai 61 orang pelajar sekolah menengah dan dua pelajar sekolah rendah yang tercicir tahun lepas diterima untuk menyambung semula pelajaran pada sesi persekolahan 2019 yang dibuka pada 2 Jan lepas. 


Izmi Ismail
Izmi Ismail 

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, Izmi Ismail berkata para pelajar itu tercicir antara 30 dan 60 hari berturut-turut tahun lepas dan tidak membuat rayuan untuk menyambung semula pelajaran dalam tempoh 30 hari.


Beliau memberitahu Bernama, Perlis dipilih sebagai negeri perintis Operasi Cicir Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas.


Anggota Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad menyerahkan surat penempatan semula pelajar terbabit dalam satu majlis di JPN di sini, hari ini. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN