KUANTAN 17 Jan. – Jabatan Kesihatan negeri menerima sebanyak 41 aduan berhubung kesalahan merokok di premis makanan dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, daerah ini mencatatkan jumlah aduan tertinggi iaitu 19 aduan diikuti Rompin (lapan), Bentong dan Bera masing-masing empat aduan, Raub (tiga), Temerloh (dua) dan satu aduan di Maran. “Tiada aduan direkodkan sehingga kini di Pekan, Jerantut, Lipis dan Cameron…










