3 Terbunuh, 7 masih hilang dalam runtuhan salji - Utusan Malaysia

3 Terbunuh, 7 masih hilang dalam runtuhan salji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR 18 Jan. – Tiga terbunuh manakala tujuh lagi masih dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dinaiki mereka terperangkap di dalam runtuhan salji ketika melalui kawasan Khardung La, Ladakh, berhampiran wilayah Jammu dan Kashmir.

Organisasi Persempadan Jalan India (BRO) memberitahu, trak yang dinaiki 10 penumpang termasuk pemandu dikatakan melalui kawasan itu kira-kira pukul 10 pagi ini sebelum dihimpit runtuhan salji yang teruk.

“Setakat ini hanya tiga mayat ditemukan dan tujuh yang lain masih dikhuatiri hilang,” katanya kepada Times of India, di sini hari ini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN