24 jam untuk kemuka bukti - Utusan Malaysia

24 jam untuk kemuka bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jan. – SYARIKAT Cisco Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. (Cisco Malaysia) diberi tempoh selama 24 jam untuk mengemukakan bukti kukuh jika benar individu bernama Eric Liew yang didakwa menghina bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah tidak lagi bekerja dengan syarikat berkenaan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd. Shukor malah mahu Cisco Malaysia le­bih bertanggungjawab dan bersikap tegas dalam usaha mendidik pekerjanya supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Sambil menyifatkan kenyata­an yang dikeluarkan Cisco Malaysia berhubung Eric itu terlalu umum, Amin juga mahu syarikat tersebut mencontohi sikap yang ditonjolkan Sri Utama Auto Sdn. Bhd. (Honda Sri Utama Auto) yang segera memecat pekerjanya, Caryn Yean selepas mengeluarkan komen tidak sensitif berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim dalam media sosial, baru-baru ini.

“Selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Albert Chai hari ini, beliau ambil maklum me­ngenai perkara ini dan memberi kerjasama yang baik.

“Cuma, apa yang saya tegaskan, kita beri tempoh 24 jam kemukakan bukti sama ada surat peletakan atau pemecatan jawatan Eric,” katanya selepas menye­rahkan memorandum men­desak bukti sama ada benar Eric sudah tidak lagi bekerja dengan Cisco Malaysia dan diterima Albert di lobi Menara One Sentral, di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN