20 warga emas leka berjudi ditahan - Utusan Malaysia

20 warga emas leka berjudi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Sebanyak 20 warga emas ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian jenis mahjung dalam serbuan di sebuah kedai di Taman Miharja, Cheras di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang, polis turut menemukan 16 paket seberat 183.19 gram methampetamine, dua paket heroin seberat 71.03 gram, 20 biji pil ekstaksi dan 10 biji pil erimin 5 dan kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM31,000.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 50 hingga 79 tahun.

ANTARA barangan yang dirampas pihak polis dalam serbuan perjudian jenis mahjung di premis kedai di T
ANTARA barangan yang dirampas pihak polis dalam serbuan perjudian jenis mahjung di premis kedai di Taman Miharja, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. – UTUSAN ONLINE

Katanya, ketika serbuan, kesemua suspek sedang asyik bermain judi jenis mahjung di premis berkenaan.

“Kita turut merampas wang tunai RM4,000, cip-cip pelbagai warna dan batu mahjung yang digunakan untuk kegiatan terbabit.

“Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga hingga tujuh hari bermula Sabtu lalu bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953; Seksyen 39 (B), Seksyen 39 (A) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×