PUTRAJAYA 18 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, hari penamaan calon adalah 16 Februari sementara hari mengundi awal adalah 26 Februari. Katanya, tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mac depan. “Untuk PRK ini, sebanyak 992 petugas dilantik…










