KEMAMAN 6 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kemaman melakukan pemeriksaan ke atas 15 stesen minyak di daerah ini susulan perubahan harga bahan api runcit secara mingguan berkuatkuasa pukul 12 tengah malam semalam. Pemeriksaan dibuat di sekitar Bandar Cukai dan Pekan Kerteh bermula pukul 8 malam (Jumaat) dan berakhir pukul 1 pagi (Sabtu) diketuai Ketua Cawangan KPDNHEP, Azahar Mohd Zain dan dibantu enam anggota penguatkuasa…










