LAHAD DATU 18 Jan. – Empat kelas dengan 117 pelajar tingkatan satu hingga empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana di Wilayah Felda Sahabat dekat sini terpaksa belajar di kantin sekolah selepas satu blok bangunan yang menempatkan kelas pelajar terbabit berhadapan dengan masalah cerun tanah runtuh. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut, Datu Ibrahim Datu Abdul Karim berkata bimbang dengan keselamatan pelajar serta guru yang mengajar, blok…










