TASEK GELUGOR 17 Dis. – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tasek Gelugor akan tetap berdiri teguh bersama dengan pucuk pimpinan dalam menjayakan perjuangan parti walaupun ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Shabudin Yahaya bertindak meninggalkan UMNO.
Ketuanya, Nor Hafizah Othman berkata, pihaknya amat sedih dengan keputusan diambil oleh Shabudin itu.
“Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tasek Gelugor menghormati keputusan beliau (Shabudin) yang pastinya mempunyai sebab tersendiri apabila membuat keputusan tersebut.
“Kepada semua di peringkat kepimpinan dan ahli wanita UMNO biarpun menghadapi saat getir, segala keputusan dan tindakan perlu berlandaskan kesetiaan dan sokongan kepada parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










