[VIDEO] Bukan Nurul Izzah yang kahwin - Utusan Malaysia

[VIDEO] Bukan Nurul Izzah yang kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau telah berkahwin susulan tular video bapanya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikahkan satu pasangan dalam satu majlis perkahwinan baru-baru ini.

Sebaliknya, Nurul Izzah memberitahu yang dinikahkan itu ialah adiknya, Nurul Ilham Anwar.

“Nurul Ilham Anwar. Dinda saya,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Majlis perkahwinan Nurul Ilham itu dikatakan berlangsung pada 15 Disember lalu.

Perkembangan itu meredakan khabar angin kononnya Nurul Izzah bakal menamatkan zaman solo dan peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dikatakan berkait rapat dengan dakwaan beliau akan berkahwin.

Bagaimanapun, menurut Pegawai Khasnya, Syed Ahmad Safwan Syed Ibrahim, peletakan jawatan kelmarin tiada kaitan dengan spekulasi Nurul Izzah akan berkahwin. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN