UniSZA sedia bilik untuk pelajar luar kampus terjejas banjir - Utusan Malaysia

UniSZA sedia bilik untuk pelajar luar kampus terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 17 Dis. – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka penempatan sementara buat para pelajar luar kampusnya yang terjejas dalam banjir.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UniSZA, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh berkata, penempatan sementara yang terletak di kolej Kediaman Kampus Gong Badak (KGB) itu boleh menampung seramai 184 pelajar dengan 104 untuk wanita dan 80 lelaki.

Katanya, setakat pukul 1.40 petang ini, seramai 28 pelajar wanita telah berpindah ke Kolej Kediaman KGB berikutan rumah sewa mereka terjejas akibat banjir di sekitar kawasan Gong Badak.

“Sekiranya mana-mana pelajar luar kampus yang terjejas dengan banjir diminta untuk menghubungi segera Bilik Gerakan Banjir, Jabatan Keselamatan UniSZA di talian 09-6687950 (Kampus Gong Badak) dan 012-5600155 (Kampus Besut) yang beroperasi 24 jam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN