Uighur: Dunia masih ‘tutup mata’ - Utusan Malaysia

Uighur: Dunia masih ‘tutup mata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 20 Dis. – China dihujani pelbagai kritikan masyarakat antarabangsa berikutan tindakan mereka yang dianggap menindas masyarakat etnik minoriti Islam Uighur yang ditahan di kem-kem tahanan ketika ini.

BBC melaporkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati sekitar sejuta etnik tersebut dan kumpulan etnik Islam lain berkemungkinan telah ditahan di wilayah barat Xinjiang kerana mengikuti program ‘pendidikan semula’.

Bagaimanapun, China menafikan tuduhan-tuduhan yang dibuat pertubuhan hak asasi sedangkan dalam masa sama terdapat bukti menunjukkan pengawasan menekan dilakukan kepada masyarakat Uighur di Xinjiang.

Berikut penerangan mengenai isu etnik Uighur dan China untuk difahami bersama.

Siapa Uighur?

Penduduk Islam berketurunan Turki dengan dianggarkan 11 juta orang berada di bahagian barat China.

Apa yang terjadi di Xinjiang?

Mengikut Pemantau Hak Asasi Manusia, etnik Uighur khususnya dipantau sangat ketat di samping perlu memberikan sampel biometrik dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Mereka ditahan di kem dan diminta belajar bahasa Mandarin serta mencari kesalahan atau meninggalkan agama dianuti.

Apa yang diketahui BBC?

Bekas-bekas banduan kem tahanan itu memberitahu mereka diseksa secara fizikal dan mental malah kesemua ahli keluarga hilang dan dimaklumkan turut diseksa.

BBC melihat bukti yang mana hampir pengawasan penuh dilakukan terhadap etnik Uighur di Xinjiang.

Apa kata China?

China menafikan terdapat kem-kem tahanan sebaliknya penduduk Xinjiang menerima ‘latihan vokasional’.

Seorang pegawai kanan di Xinjiang memberitahu wilayah itu menghadapi ‘tiga kuasa jahat’ ekstremisme, pemisah dan keganasan.

Apa tindakan dunia?

Kutukan masyarakat antarabangsa yang makin bertambah berikutan layanan terhadap etnik Uighur namun tiada lagi negara yang mengambil tindakan melebihi kenyataan bantahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×