KUALA LUMPUR 4 Dis. – Sehari menjelang pertemuan menentang Thailand dalam separuh akhir kedua Piala AFF, Harimau Malaya menerima berita meresahkan apabila tonggak pertahanan Aidil Zafuan Abd. Razak pula berdepan masalah kecergasan. Dalam ketika bek kiri, Syazwan Andik dan pemain sayap, Mohamadou Sumareh masih dibelenggu masalah hamstring dan tidak pasti dapat diturunkan di Stadium Rajamangala, esok, perkembangan Aidil nyata menimbulkan kebimbangan buat skuad kebangsaan. “Suara saya tidak berapa nak keluar…









