KLANG 12 Dis. – Tidak puas hati kerana sering ditegur dipercayai menjadi punca seorang wanita dibunuh jirannya di Batu 16, Rawang, semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa dengan suspek sering bertengkar sebelum ini disebabkan pelbagai isu. Jelasnya kemuncak kepada siri pertengkaran itu adalah semalam apabila suspek menyerbu masuk ke rumah dan menikam jirannya itu hingga mati. “Ujian air kencing terhadap suspek berusia 49 tahun…