Terima kasih warga Utusan - Utusan Malaysia

Terima kasih warga Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja Kumpulan Utusan yang telah melaksanakan tugas-tugas dengan begitu cemerlang sepanjang kewujudan akhbar Utusan Malaysia sejak tujuh dekad yang lalu dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu, negara serta agama Islam tercinta.

Terima kasih serta rasa yang amat sedih di atas ‘keterpaksaan’ penamatan secara sukarela seramai 800 pekerja yang terpaksa ditamatkan perkhidmatan mereka demi menyelamatkan institusi akhbar tertua di negara ini.

Apapun kita harap mereka semua akan bersabar dengan ujian ini dan kita terima dengan reda, namun kita harap suatu hari nanti akhbar ini akan muncul dengan lebih hebat lagi dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Insya-Allah Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti akan mencorakkan kembali landskap orang-orang Melayu yang sedar daripada mimpi ngeri dan kesilapan yang telah dilakukan pada PRU-14 lalu. Bangsa Melayu akan bersatu dan kembali semula menerajui negara tercinta ini. Hidup Melayu.

AHMAD ZAIM ZAKARIA

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN