KUALA TERENGGANU 15 Dis. – Pusat pemindahan banjir di negeri ini dibuka semula petang ini membabitkan daerah Hulu Terengganu dan Dungun. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman berkata, bagi daerah Hulu Terengganu pusat pemindahan yang dibuka ialah di Kampung Sekayu, Pengkalan Ajal, Masjid Kampung Cheting dan Kampung Pelandan dengan didiami keseluruhan 152 mangsa daripada 35 keluarga. Katanya, di Dungun pula, seramai 32 mangsa…










