PARIS 20 Dis. – Tentera Perancis akan kekal dalam pakatan memerangi pengganas Daesh di Syria meskipun Amerika Syarikat (AS) mahu membawa balik tentera mereka.
Menteri Hal Eropahnya, Nathalie Loiseau berkata, buat masa ini mereka akan kekal di Syria.
Katanya, peperangan menentang keganasan masih belum berakhir.
“Memang benar, perikatan kita telah mencapai perkembangan signifikan namun peperangan ini berterusan dan kita akan meneruskannya,” katanya.
Perancis telah menempatkan jet pejuang di Jordan dan artileri sepanjang sempadan Syria di Iraq disamping pasukan khas yang merupakan sebahagian daripada perikatan diketuai AS.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly berkata, kumpulan pengganas belum lagi dihapuskan dari peta malah pada akarnya.
“Kita perlu mengalahkan hingga berakhirnya organisasi pengganas berkenaan,” jelasnya dalam twitter. – AFP










