Suruhanjaya Perlembagaan Syria diharap memulakan tugas awal tahun hadapan - Utusan Malaysia

Suruhanjaya Perlembagaan Syria diharap memulakan tugas awal tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 19 Dis. – Rusia, Turki, Iran dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluahkan harapan agar suruhanjaya yang bertanggungjawab menggubal perlembagaan baharu Syria akan memulakan tugas pada awal tahun depan.

Kerajaan Syria yang disokong oleh Rusia dan Iran masih belum bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya terbabit kerana ia hanya akan menyokong proses mengubah perlembagaan sedia ada di negara itu.

“Rusia, Iran dan Turki bersetuju untuk melaksanakan usaha untuk menganjurkan sesi pertama Suruhanjaya Perlembagaan di Geneva awal tahun depan,” kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sewaktu membacakan pengisytiharan bersama selepas mengadakan pertemuan dengan wakil khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura.

Suruhanjaya itu telah menjadi perantara kepada usaha rundingan damai di Syria dan menyasarkan untuk melaksanakan pilihan raya yang dikatakan boleh menamatkan perang di negara terbabit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×