Sufie Rashid bertunang - Utusan Malaysia

Sufie Rashid bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR –  Penyanyi Sufie Rashid selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan, Nurulain Md. Yusof yang berlangsung di kediaman wanita itu di i Senawang, Negeri Sembilan malam ini.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup itu diadakan kira-kira pada pukul 9 malam.

Pada majlis itu, Sufie atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid, 27, bersetuju untuk menetapkan tempoh pertunangan selama setahun dengan wanita yang juga sebaya dengannya.

Pada majlis itu, juara Akademi Fantasia 2015 itu memberikan enam dulang hantaran termasuk sebentuk cincin.

Difahamkan penyanyi kelahiran Singapura itu juga bersetuju dengan penetapan jumlah wang hantaran sebanyak SGD10,000 (RM30,392).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN