PUTRAJAYA 29 Dis. – Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggariskan tiga fokus utama ‘mengisi kemenangan’ selepas parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun berkata, tiga fokus tersebut ialah meningkatkan lagi kecekapan urus tadbir kerajaan dan parti, memperkasakan modul pendidikan dan menaik taraf ekonomi wanita. Rina berkata, kemahiran mentadbir urus yang inovatif, kreatif dan progresif wajib dikuasai dengan segera bagi melihat segala polisi, dasar dan sistem pelaksanaan manifesto Pakatan Harapan direalisasikan. “Bak kata pakar motivasi seluruh dunia, hasil yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya