TEMPOH enam bulan berkuasa bukan jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mampu bertahan satu penggal di Perak. Petanda krisis dalam PH semakin ketara. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak beberapa hari lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad mendakwa ada usaha melobi wakil rakyat UMNO oleh exco kerajaan negeri untuk menyokong undi tidak percaya kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar. Namun, kerajaan PH menafikannya dan mendakwa itu adalah tohmahan…










