Siasatan 1MDB: Lima individu diburu - Utusan Malaysia

Siasatan 1MDB: Lima individu diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Polis Diraja Malaysia sedang mengesan lima individu atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan dan urusniaga yang dijalankan oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua  Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua yang sedang dikesan ialah Low Taek Jho atay Jho Low, Tan Kim Loong (Eric), Pengarah Pembangunan Perniagaan, Tang Keng Chee (Casey); Peguam Am 1MDB, Loo Ai Swan (Jasmine) dan Pengarah Eksekutif Kewangan 1MDB, Geh Chong Heng (Terence).

“Jumlah pertuduhan yang dihadapi kesemua mereka ialah sebanyak 13 pertuduhan melibatkan kerugian berjumlah RM4.2 bilion.

“Pertuduhan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada semalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mohamad Fuzi, waran tangkap telah diperoleh dari mahkamah dan usaha mengesan serta menahan kesemua mereka sedang dijalankan.

Jelas beliau, pihaknya akan mendapatkan kerjasama dari pihak berkuasa luar negara dan  Polis Antarabangsa (Interpol).

“Jika mereka berada di luar negara, kami melalui Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan untuk memohon ekstradisi bagi membolehkan semua individu itu dibawa balik ke Malaysia untuk pertuduhan di mahkamah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN