Shakira didakwa elak cukai 14.5 juta Euro - Utusan Malaysia

Shakira didakwa elak cukai 14.5 juta Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Pihak pendakwa raya Sepanyol akan memfail aduan di ­sebuah mahkamah terhadap Shakira atas dakwaan mengelak membayar cukai berjumlah 14.5 juta Euro (RM68.8 juta), menurut satu laporan kelmarin. Peguam Shakira menafikan dakwaan itu.

Akhbar El Pais melaporkan pihak pendakwa sudah memaklumkan peguam penyanyi kelahiran Colombia itu bahawa selepas melakukan siasatan, mereka tidak akan menggugurkannya, membawa maksud pihaknya akan memfailkan aduan berhubung dakwaan penipuan cukai dalam tempoh beberapa hari lagi.

Jurucakap pejabat pendakwa raya Sepanyol memberitahu agensi berita AFP bahawa ‘tiada tindakan diambil ketika ini’ dan perkara itu masih disiasat.

Shakira disyaki tidak membayar cukai walaupun pernah menetap di Sepanyol antara tahun 2011 dan 2014, menurut pendakwa.

Kes itu cuma merangkumi tempoh dari tahun 2012 hingga 2014 kerana rangka masa untuk mendakwa kesalahan cukai tahun 2011 sudah luput.

Wakil Shakira menegaskan bahawa sehingga tahun 2014, penyanyi itu meraih sebahagian besar pendapatan dengan konsert jelajah antarabangsa dan tidak menetap lebih enam bulan di Sepanyol, satu prasyarat untuk menjadi penduduk membayar cukai secara rasmi di negara itu.

Shakira ialah salah seorang bintang Amerika Latin dengan beberapa lagu popular seperti Hips Don’t Lie dan Whenever, Wherever. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN