Setiu, Besut berisiko banjir - Utusan Malaysia

Setiu, Besut berisiko banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 19 Dis. – Bahagian utara Terengganu di Setiu dan Besut berisiko kembali dilanda banjir berikutan hujan dan kadang kala lebat sejak pagi ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt. Kol (PA) Che Adam Abdul Rahman bagaimanapun berkata, setakat pukul 10 pagi ini, mangsa banjir kekal seramai 35 orang daripada 12 keluarga sebagaimana direkodkan petang semalam.

Katanya, kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih di Marang.

“Sekiranya hujan masih berterusan, Sungai Setiu di stesen Sungai Chalok di Jambatan Chalok menunjukkan trend menaik dan diramalkan melepasi aras bahaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya semalam berikutan keadaan cuaca yang baik sepanjang hari sekali gus membolehkan mangsa yang terjejas kembali ke rumah masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN