Tanggal 9 Mei 2018 telah menyaksikan arus perubahan berlaku. Peralihan kerajaan di peringkat pusat secara aman yang memperlihatkan perubahan parti pemerintah, dan membuktikan peri pentingnya proses peluasan ruang demokrasi. Dalam memastikan penyempurnaan agenda reformasi yang telah dipersetujui bersama oleh Pakatan Harapan, rakyat dan kesemua pemegang taruh wajib menyambut dengan bersuara dan memberi kritikan membina untuk memastikan agenda reformasi terlaksana dengan jayanya, termasuklah meneruskan polisi dan program oleh kerajaan terdahulu demi…










