GOMBAK – Polis menyerbu sebuah rumah di kampung Lee Kim Sai, Rawang di sini kelmarin dan merampas tiga pucuk senjata dipercayai digunakan bagi tujuan jenayah. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, serbuan pada pukul 12.30 tengah hari itu dibuat hasil maklumat dan risikan polis. “Pemeriksaan di dalam salah satu bilik menjumpai sepucuk pistol angin, dua pucuk pistol tiruan dan 32 peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu…










