KLANG 17 Dis. – Medicare Assistance Sdn. Bhd. (Medicare) menyasarkan kira-kira 400,000 penjawat awam akan menyertai polisi perlindungan takaful CUEPACSCare iaitu program kerjasama pihaknya dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menjelang akhir tahun 2019. K. PALANISAMY Pengarah Urusannya, K. Palanisamy berkata, buat masa ini, hanya kira-kira 80,000 penjawat awam melanggan polisi tersebut. “Melalui kerjasama dengan Medicare, penjawat awam ditawarkan takaful penghospitalan dan pembedahan CUEPACSCare serendah RM32 untuk individu,…










