Rumah pegawai SPRM dikhianat? - Utusan Malaysia

Rumah pegawai SPRM dikhianat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Rumah milik pegawai ka­nan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang banyak mengendalikan kes berprofil tinggi musnah dalam kebakaran dipercayai akibat perbuatan khianat di Taman Suria Tropika, Seri Kembangan dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd. Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 petang sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan Puchong tiba 20 minit kemudian.

“Kejadian melibatkan rumah teres dua tingkat. Sebaik sahaja tiba, didapati tingkat atas rumah tersebut telah 80 peratus terbakar. Kejadian tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, ketika kejadian, pegawai kanan berusia lewat 30-an itu sedang bertugas di ibu pejabat SPRM manakala anak dan iste­rinya berada di kampung.

Ujar sumber, rumah dua tingkat itu didakwa dibaling dengan bom petrol di bahagian bumbung mengakibatkan kebakaran di bahagian atas.

“Siasatan masih dilakukan namun kita tidak menolak kejadian berpunca daripada perbuatan khianat memandangkan mangsa bertugas di bahagian siasatan SPRM. Difahamkan polis sudah mengenal pasti dalang yang terlibat dan akan mengambil tindakan lanjut,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×