SHAH ALAM 20 Dis. – Seorang pemandu nyaris maut apabila treler dipandunya merempuh belakang sebuah treler lain dalam kejadian awal pagi ini di kilometer (KM) 6.2 Lebuh Raya Baharu Lembah Klang (NKVE) menghala Klang. Dalam kejadian kira-kira 4.27 pagi itu, mangsa, 48 tahun, yang memandu treler kontena telah melanggar treler membawa muatan besi paip menyebabkannya tersepit dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik…










