PARIS 8 Dis. – Pihak berkuasa keselamatan Perancis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan menahan hampir 481 orang penunjuk perasaan anti kerajaan dikenali sebagai ‘ves kuning’ bagi mengelak protes besar-besaran itu bertukar ganas. Ratusan penunjuk perasaan berkumpul sejak awal pagi di sekitar Champs-Elysees bagi menyatakan bantahan terhadap Presiden Emmanuel Macron yang didakwa hanya menjaga kepentingan golongan kaya. Seorang peserta, Herve Benoit yang hadir bersama tiga rakannya menggesa kerajaan agar mencari…










