TUMPAT 4 Dis. – Murah, ringkas, sedap dan tahan lama antara faktor Nasi Berlauk Kak Chik Kampung Berangan dari daerah ini antara jenama nasi berlauk yang popular sama ada dalam atau luar Kelantan. Setiap malam, lebih 2,000 bungkus nasi berlauk Kak Chik dibawa dari Tumpat merentas Banjaran Titiwangsa supaya penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur dapat menikmatinya semasa bersarapan. Pengurusnya, Abdul Aziz Mat Salleh berkata, perniagaan itu dimiliki ibunya, Che…










