KUALA LUMPUR 4 Dis. – Penjualan racun perosak tidak berdaftar atau berstatus haram dikesan semakin kronik di seluruh negara berikutan boleh dibeli secara berleluasa melalui pasaran gelap. Hasil maklumat diterima Utusan Malaysia, ada pihak yang masih membawa masuk produk berkenaan dari luar negara sebelum dipasarkan segelintir pengusaha dan pengedar alat pertanian tertentu di seluruh negara. Menurut sumber, bagaimanapun, tidak semua petani mendapat akses untuk membeli racun-racun makhluk perosak yang telah…










