TEPAT pukul 9 malam, lampu dalam Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimalapkan. Di satu sudut di hujung kiri auditorium, seorang pemuzik mula menggesek celo yang berada di depannya, menandakan pementasan teater berjudul Pokok arahan U-wei akan bermula pada bila-bila masa. Sesuai dengan judulnya, prop yang direka cukup sederhana. Di atas pentas, sebatang pokok ‘tumbuh’ menjulang melepasi langit-langit. Sementara bahagian bawahnya pula tersedia pangkin dan sebuah rumah usang. Hanya berbekalkan…










