Memorial Pyongyang dedah jumlah korban tentera Korea Utara di Kursk

Memorial Pyongyang dedah jumlah korban tentera Korea Utara di Kursk

GAMBAR dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) menunjukkan tentera Korea Utara mengambil bahagian dalam latihan di pangkalan operasi khas yang tidak didedahkan lokasi.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Kira-kira 2,300 tentera Korea Utara dilaporkan terbunuh ketika berperang untuk Russia menentang Ukraine, menurut satu siasatan BBC berdasarkan imej satelit dan gambar rasmi sebuah memorial baharu di Pyongyang.

Korea Selatan menganggarkan sekurang-kurangnya 11,000 warga Korea Utara telah dihantar ke Russia untuk membantu menawan semula sebahagian kawasan di Kursk barat, selepas Ukraine melancarkan serangan mengejut di Kursk pada Ogos 2024.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, sebelum ini pernah memberi penghormatan secara terbuka kepada tentera yang terbunuh dalam perang tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, sebagai balasan atas penghantaran tentera, Pyongyang menerima bekalan makanan, wang dan bantuan teknikal daripada Moscow.

Rejim rahsia itu tidak pernah mendedahkan jumlah sebenar korban operasi di Kursk, yang didakwa Russia ditawan semula sepenuhnya, namun buat pertama kali, sebuah memorial baharu di Pyongyang kini memberi petunjuk mengenai anggaran tidak rasmi mengenai skala korban.

Pada Oktober 2025, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mengarahkan pembinaah sebuah muzium di daerah Hwasong, bagi memperingati anggota tentera yang terbunuh dalam perang Russia-Ukraine.

Kerja-kerja pembinaan dilaporkan bermula pada bulan yang sama di kawasan hutan tebal, menurut analisis BBC berdasarkan imej satelit yang disediakan oleh Planet Labs, sebuah syarikat imejan dari Amerika Syarikat (AS).

Diperkenalkan secara rasmi pada 26 April, Muzium Peringatan Kejayaan Tempur di Operasi Ketenteraan Luar Negara dibina bagi menggambarkan keberanian tiada tandingan tentera Korea Utara semasa penempatan mereka untuk membebaskan wilayah Kursk, menurut agensi berita rasmi KCNA.

Memorial tersebut terdiri daripada dua dinding peringatan sepanjang 30 meter yang diukir dengan nama-nama, sebuah bangunan utama serta kawasan perkuburan.

Analisis BBC terhadap beberapa imej yang dikeluarkan KCNA menunjukkan setiap dinding dibahagikan kepada kira-kira 14 bahagian, dipisahkan oleh garisan batu kelabu di bahagian atas.

Nama-nama terukir pada sembilan bahagian tersebut, dengan setiap bahagian mengandungi kira-kira 16 lajur berdasarkan kiraan BBC.

Rakaman dekat pada dinding timur menunjukkan lapan nama tentera yang terkorban diukir dalam satu lajur.

Dengan 16 lajur dan sembilan bahagian, jumlah itu dianggarkan bersamaan 1,152 nama terukir pada setiap dinding, menjadikan kira-kira 2,304 nama keseluruhan merentasi kedua-dua dinding memorial.

Jumlah sebenar tidak dapat dipastikan kerana kekurangan imej beresolusi tinggi, namun anggaran BBC adalah hampir dengan angka yang dikemukakan oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan (NIS).

Pada September 2025, agensi perisikan itu berkata, kira-kira 2,000 tentera Korea Utara terbunuh dan 2,700 lagi cedera.

Namun menjelang Februari tahun ini, NIS mengemas kini angka tersebut dengan menyatakan kira-kira 6,000 daripada anggaran 11,000 anggota tentera yang dihantar ke Rusia telah terbunuh atau cedera, walaupun tiada pecahan terperinci diberikan.

Kedua-dua Pyongyang dan Moscow tidak pernah mengeluarkan sebarang angka rasmi mengenai korban perang tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini