Polis Johor berkas 21 individu leka main judi online - Utusan Malaysia

Polis Johor berkas 21 individu leka main judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya memberkas 21 individu termasuk tiga wanita warga asing selepas disyaki leka bermain judi online dalam serbuan ke atas kedai makan dan pusat snuker berasingan di sekitar Seri Alam dan Pasir Gudang di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, dalam serbuan bermula pada pukul 6.35 petang itu, tahi judi yang diberkas terdiri daripada 13 lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga asing merupakan pelanggan premis terbabit.

Menurutnya, tiga wanita warga asing dipercayai dari Indonesia, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing pula berperanan sebagai penjaga premis.

“Kesemua mereka yang diberkas merupakan individu yang berusia antara 21 hingga 65 tahun.

“Dalam serbuan itu juga, polis turut merampas 18 buan telefon bimbit pelbagai jenama, enam keping kertas warna putih dan sebuah beg sandang selain wang tunai RM1,522 serta SD60,” katanya.

Mohd. Kamaludin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a), 4B(a) dan 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN