PKR tidak terima bekas pemimpin UMNO - Utusan Malaysia

PKR tidak terima bekas pemimpin UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wan Azizah mengulangi bahawa PKR tidak menerima bekas pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti itu kerana tidak yakin mereka akan membawa agenda reformasi kepada negara.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR  itu turut melahirkan lebih keyakinan kepada individu yang menyertai PKR sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kerana jelas mereka sememangnya mahu membawa agenda reformasi.

“Pada masa sekarang ini kita tak terima kalau UMNO. Siapa yang bersama kita sebelum pilihan raya beri lebih keyakinan mereka mahu reformasi.

“Yang lain, kita kena tengok… Rakyat telah menukar kerajaan untuk lakukan reformasi dalam negara. Itu ialah asas kepada sebarang pertimbangan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN