KUALA TERENGGANU 15 Dis. – Pertubuhan Warisan Pendidikan Terengganu (Pewaris Terengganu) yang baharu sahaja diluluskan pendaftarannya pada 3 Disember lalu bercadang untuk mengadakan kelas bahasa Mandarin dan bahasa Arab di sekolah-sekolah terpilih di negeri ini sebagai projek permulaan persatuan tersebut. Pengerusinya, Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, langkah itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar Melayu dari segi penulisan dan pembacaan di samping untuk membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik. Katanya, pendekatan…










