IPOH 20 Dis. – Seorang wanita warga emas terpaksa berputih mata apabila wang persaraannya sebanyak RM55,000 ditipu satu sindiket yang menyamar sebagai pekerja pejabat pos dan pegawai polis dua minggu lalu. Mangsa, Choong Fan Cheng, 69, berkata, dia dihubungi seseorang pada 8 Disember lalu yang mengaku pekerja Pos Malaysia dan memaklumkan terdapat bungkusan mengandungi kad pengenalan dan kad kredit miliknya yang tidak dituntut. Menurutnya, dia bagaimanapun memberitahu bahawa kad pengenalannya…










